Wednesday, November 28, 2012

aku bukan cuba untuk melupakan dia ,
tapi aku cuba untuk menghilangkan rasa ,
rasa kecewa yang semakin hari semakin menjalar dengan cepatnya di setiap pelusuk hati ini ,
aku harap dia mengerti kenapa aku buat semua ini .

aku ..
lepaskan dia dari hati ini ,
walaupun susah ,
akan aku cuba dan terus berusaha ,
agar aku tak terluka untuk ke berapa kali .......

Friday, November 23, 2012

MAAFKAN SAYA

Jika titisan hujan membasahi jendela awak ,
itu bermakna saya menangis rindukan awak .
Jika titisan darah mengalir di jari awak ,
itu bermakna sesuatu perkara buruk berlaku kat saya .
Jika saya muncul kat mimpi awak ,
ingin saya ucap selamat malam .
Jika awak tersedar dari tidur ,
terdengar sayup ayat ayat suci di waktu subuh ,
itu bermakna saya pergi dulu sebelum awak .
Jika awak nangis lihat saya diselubungi kain putih ,
maafkan saya tak dapat jumpa awak lagi . . .

Monday, November 12, 2012

^_^

kita perlu gembira dengan apa yang kita ada , 
bukan menangisi dengan apa yang kita terima .

simple words but there's a lot of meaning :)



Saturday, November 3, 2012

TUHAN

YA ALLAH .
bantulah dia untuk menghilangkan segala kebuntuan dan kekusutan yang sedang bermain dan berlegar dalam jiwanya serta fikiran dia . berikan dia jalan penyelesaian untuk masalah yang telah dan bakal berlaku kelak . aku tak mahu dia bersusah payah dan menyusahkan hidupnya semata mata janji yang telah dia taburkan pada aku . hidupnya baru saja tenang tapi sebaik aku hadir . aku bukan membahagiakan tapi makin merosakkan kebahagiaan yang baru berputik dalam dirinya . menyesalkah aku mengambil hatinya ?? YA . kerana aku tak mampu membahagiakan tulus hatinya . dan TIDAK . kerana aku bahagia mengenali dirinya dan kerana dialah aku mengetahui nilai hidup sebenar . tapi . . . menyesalkah dia mengurung aku dalam penjara hatinya ?? yang katanya tiada siapa dapat membukanya waima dirinya sendiri . aku sendiri tidak mengetahui . apa yang ada di fikirannya sekarang . aku tahu kini dirinya berbelah bahagi . . . kerana itu aku mohon pada-MU . jangan ENGKAU  menarik balik kebahagiaan yang baru ENGKAU ciptakan untuknya . ya ~~ aku tahu dirinya sangat kuat  dan sangat sabar untuk tempuhi segala yang ENGKAU berikan pada dirinya . tapi aku tak mahu melihat dirinya terseksa kerana kehadiran aku disisinya . . . 

berikan dia cara yang terbaik untuk memilih jalan hidupnya ....

Monday, October 29, 2012

YA ALLAH

YA ALLAH .
aku amat merinduinya 

dugaan yang Engkau berikan 
terlalu berat untuk aku depani 
janganlah Engkau pisahkan kami 
aku takut untuk kehilangan cintanya . . .

A.H.K.B.M

YA ALLAH .
kenapa Engkau beri aku perasaan ini 
sedangkan Engkau tahu 
aku akan menyakiti hati dia 

YA ALLAH .
jika benar semua yang Engkau berikan 
hanya sekadar dugaan dan takdir
yang terpaksa aku tempuhi dan aku terima 
aku redha 
aku pasrah 
aku ikhlas menerima semua yang Engkau berikan 
andai itu mampu membuatkan aku sentiasa di bawah Rahmat-Mu

YA ALLAH .
aku rindu dia 
aku rindu setiap kata kata manjanya 
aku rindu setiap gelak tawanya 
aku rindu setiap latahnya 
aku rindu setiap ceritanya 
aku rindu setiap tentang dia 

YA ALLAH .
bantulah dia untuk terus senyum 
bantulah dia agar sentiasa tenang 
bantulah dia dalam apa apa yang dia usahakan 
bantulah dia agar dia sentiasa bahagia 

YA ALLAH .
beritahu dia 
aku amat mencintai dirinya 
hanya dia ada di hati ini
aku tak mampu untuk melangkah tanpanya

YA ALLAH .
jika sudah tertulis ada jodoh antara kami
panjangkanlah hubungan ini 
berikanlah kami kebahagiaan 
hentikanlah dugaan yang tak mampu kami tempuhi

YA ALLAH .
jika aku bukan untuk dia 
buanglah perasaan dia terhadap aku 
tetapi jangan buang rasa cinta aku kepada dia
kerana aku masih mahu ingin terus mencintainya
dan janganlah Engkau biarkan dia bersendirian tanpa teman 
kirimkan dia seorang solehah yang boleh menjaga dia dalam suka dan duka 
yang tidak akan menyakiti hati dia walau sekelumit 
yang boleh membahagiakan dia setiap masa

YA ALLAH .
alangkah beruntungnya solehah itu 
yang akan mendapat sayang , kasih dan cintanya
semua yang diberikannya tulus ikhlas 
hati nuraninya tidak ada cacat cela
dia anak yang soleh 
dia kawan yang baik
dia sahabat yang memahami
dia teman yang sejati
dia juga kekasih yang setia 

YA ALLAH .
lindungilah dia 
dia sudah banyak menderita 
kasihanilah dia
berilah kebahagiaan kepada dia 

YA ALLAH .
aku sayang kepadanya
aku kasih kepadanya
aku cinta kepadanya
sampaikan salam rindu aku kepadanya ...


Sunday, October 28, 2012

RINDU :'(

 -nampak orang pakai JUBAH dan KOPIAH PUTIH
 -dengar TAKBIR kat tv 
 -iklan susu EVERYDAY
 -bantal ada gambar POOH
 -lagu tema ADAM HAWA 
 -iklan SPONGEBOB

semua yang aku tengok dan aku dengar hari ini ingatkan aku tentang DIA .
yaa . sesungguhnya aku merindui DIA . 
amat merindui ....



Saturday, October 20, 2012

WAHAI SANG CINTA

apabila cinta sudah dilafazkan 
apabila janji sudah diucapkan
tiada apa yang perlu difikirkan 
hanya menunggu ikatan yang dinantikan

aku harap engkau ikhlas
dengan apa yang engkau perjelas
jangan bermain dengan api yang panas
kerana hatiku boleh menjadi keras

aku tidak  mengharap sepenuhnya darimu 
yang aku perlu hanya kejujuran hatimu
menyayangiku dengan setulus kasihmu 
keranaku harap kasih yang satu

menantilah kasihmu ini dengan sabar
kerana banyak yang perlu dibubar
fahamilah aku yang kesempitan
aku hanya perlukan masa untuk perbetulkan

janganlah engkau tinggalkan aku 
setelah hati ini engkau tawan 
janganlah engkau bermain dengan perasaanku
kerana aku tidak mahu kita berlawan

janganlah engkau menyangka aku tak bersungguh 
janganlah engkau berfikir ini hanya permainan
bukan aku tak sayang 
bukan aku tak cinta 
sungguh aku perlukan kamu 
untuk berada disisi sepanjang masa hidupku 




Thursday, October 18, 2012

CINTA MUKA BUKU :)

''kita berkenalan hanya dalam laman muka buku . . .''

macam pernah dengar kan lagu ni ? nie lagu dari NAJWA LATIFF . dulu hot sangat . sekarang dah kureeeennnggggg sikit . nape tibe tibe aku nyanyi lagu ni r ? sebab . . . . . sajaaaa .
 . haha . ape maksud dye ?? ntah . aku tak tahu . ape maksud lagu nie ?? maksud dye = seorang lelaki n seorang perempuan  berkenalan kat MUKA BUKU @ FACEBOOK . then , kenal kenal kenal kenal n kenal . tup tup tangkap cintan pulak . haaa . ape kes ?? haha . sebab tu lagu ni ada . untuk pasangan dalam laman muka buku . tapi kan ..... kita tak bole percaya sangat kat orang fb nie . banyak dah kes tipu tipi kat fb nie . kesian ad . padan muka pon ad . yang hadoooo . hahahaha . so , kita layan orang kat fb yang kita kenal jee . macam aku . hehe . yang tak kenal aku buat dungu jaa . dulik hapa . nak kenal tak ikut adat . bengong ... hehe . so lepas nie hati hati dalam memulakan persahabatan atau perhubungan . jangan main balun je yeee ^_^

Wednesday, October 17, 2012

SUBHANALLAH

Setiap apa yang berlaku merupakan takdir yang sudah disusun oleh ALLAH SWT untuk kita .
takdir itu la yang akan membuat kita gembira , sedih , kecewa , geram .
tapi kita tak boleh serah semuanya pada  takdir . 
kita boleh berusaha dan berdoa pada ALLAH SWT  untuk mempermudahkan jalan hidup kita .
jangan sesekali kita salahkan ALLAH SWT .
kerana setiap yang berlaku pada kita samada baik atau buruk  adalah pemberian ALLAH SWT .
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap hikmah pasti ada alasannya .
ALLAH SWT mempunyai alasan tersendiri untuk memberi dugaan dalam setiap diri makhluk-NYA .


''ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN MEREKA MAMPU MENGANGKAT BEBAN TERSEBUT''

mengapa kita perlu jatuh jika ada sesuatu yang menimpa kita sedangkan ALLAH SWT yakin yang kita mampu mendepani masalah yang perlu kita hadapi .
jadi jika kita ditimpa masalah yang kita tak mampu nak hadapi ,
kita wajib yakin yang ALLAH SWT hanya menguji kita dan yakin lah bahawa ALLAH SWT sangat sayang kan kita dan akan menolong kita jika kita ingat pada-NYA ...

Saturday, October 13, 2012

FATAMORGANA

kehidupan seorang manusia sangat berbeza ,
ada yang sempurna dan ada yang sebaliknya ,
kadangkala di atas dan kadang di bawah ,
yang sempurna disanjungi ,
yang cacat dicaci dimaki ,
lumrah kehidupan manusia ,
habis madu sepah dibuang ,
kenapa manusia zaman sekarang begitu kejam ,
terhadap spesis mereka sendiri ???
kenapa manusia zaman sekarang gemar memaksa orang lain
demi kepentingan mereka sendiri ???
kenapa ? kenapa ? kenapa ?

manusia juga kadang-kadang lebih gemar menabur baja dosa ,
walhal mereka tahu akan perkara tersebut ,
mereka tetap meneruskan siraman dosa mereka ,
seolah-olah ianya perkara wajib dalam kehidupan ,
tapi berwaspadalah kerana manusia yang di atas akan 
berada dibawah jua ,
dan manusia yang suka menabur baja dosa akan ditimbus dengan tanah yang suci .

      ''what goes around , comes around''

SAHABAT , TEMAN & KAWAN

SAHABAT ,
namamu akan sentiasa terpahat ,
jasamu akan sentiasa diingat ,
kenangan akan sentiasa melekat .

SAHABATKU ,
terima kasih kerana menerimaku ,
membantu aku tanpa rasa jemu ,
andai engkau bisa membaca hatiku ,
sungguh aku sayang padamu .

SAHABAT AKU YANG SEJATI ,
maafkan aku andai terasa hati ,
tiada niat untuk menyakiti ,
salah dan silap akan diperbaiki ,
semoga hubungan sampai ke mati .

TUHAN BANTU AKU

Ya ALLAH ,
kenapa dengan hati ini ,
ada saja yang terjadi ,
sering terfikir kenapa begini ,
haruskah aku terus menanti .

semua yang disisi tidak mampu membuat aku seperti dahulu ,
dahulu tidak seperti ini hidup aku ,
hanya kerana dosa silam aku ,
hidup aku terus menjadi kaku .

Ampunkan aku Ya ALLAH , 
kerana aku seorang hamba yang lemah ,
janganlah ENGKAU terus menyumpah ,
dengan-MU aku tidak akan mengalah .

YA ALLAH ,
hanya kerana masa lalu aku ,
aku lemah untuk meneruskan hidup aku ,
andai diberi peluang ambillah inggatan aku ,
akan aku ubah apa yang berlaku .

YA ALLAH ,
mengapa aku harus menghadapi ,
liku-liku hidup yang pahit seperti ini ,
andai takdir aku terus begini ,
akan aku terima ketentuan ILAHI .

Tuesday, August 7, 2012

LELAKI ~~

LELAKI ,
ya ! siapa yang tidak kenal makhluk yang bernama lelaki ?
pandangannya mampu mencairkan wanita ,
percakapannya mampu membuatkan terbuainya wanita ,
gerak gayanya mampu menarik perhatian wanita.

Tapi sayang ,
hatinya tidak selembut pandangannya ,
hatinya tidak semanis percakapannya ,
hatinya tidak seatur gerak gayanya ,
itulah dia sang KASANOVA malaya .

Tuesday, July 3, 2012

JANGAN MENYERAH !!

teruslah mendaki ,
sehingga engkau tidak mampu melihat tangga itu lagi ,
janganlah engkau berhenti ,
sebelum engkau masih belum teguh berdiri sendiri .

janganlah engkau berhenti berharap ,
kerana di depanmu belum tentu gelap ,
jika engkau terus mengharap ,
impian engkau tidak akan ranap .

bayangkanlah wahai putera puteri ,
di depanmu penuh cahaya matahari ,
tapi janganlah engkau terbang terlalu tinggi ,
kerana bimbang terbakar diri .

teruskanlah mengejar impianmu ,
tanpa dihati perlu ada rasa jemu ,
kerana jika itu yang engkau mahu ,
pasti kejayaan yang akan engkau temu .

janganlah engkau merasa bimbang ,
jika kejayaan tidak datang bertandang ,
janganlah engkau terus meradang ,
kelak kebahagiaan menyusul datang .

Thursday, June 7, 2012

PENDUSTA

saat engkau pergi meninggalkan aku ,
aku hanya mampu berteleku ,
mengharap engkau akan kembali disisiku ,
walau aku yakin ia tidak mungkin berlaku .

pergilah wahai sayang ,
pergilah terbang bebas melayang ,
andai itu mampu membuat engkau senyum memanjang ,
walau hati ini sentiasa walang .

walau ujian datang melanda ,
walau kita mampu tempuhinya ,
engkau tinggalkan diriku jua ,
kerana aku tahu tiada jodoh antara kita .

engkau tinggalkan aku kerana keseronokan yang engkau rasa di sana ,
dimana letaknya janji setia yang kita bina bersama ,
teganya engkau membiarkan aku terluka ,
ternyata tutur katamu dusta belaka .

teruskanlah sakiti hati ini ,
 andai itu mampu membuat engkau tersenyum kembali ,
andai itu mampu membuat engkau berpuas hati ,
aku rela terus dilukai .