Thursday, September 12, 2013

KOSONG

Terasa sepi malam malam aku tanpamu disisi ,
Begitu juga hati ini ,
kosong ,
Tiada apa apa ,
semuanya telah hilang sewaktu engkau pergi,
saat itu,
aku terasa diri aku bagai dihempap batu,
bagai dipanah petir,
tiada apa yang dapat aku rasakan dikala itu,
tiada kata yang mampu aku lafazkan,
tiada peri yang mampu aku luahkan,
aku sungguh terkilan,
tidak sempat bersua muka,
engkau malah mendiamkan diri,
hilang dalam gelita,
tidak dapat aku menembusinya,
kini aku seolah hilang arah,
tiada arah tuju,
hidupku tiada pemandu,
tidak pasti kemana ingin aku pergi,
setiap arah hanya engkau yang aku lihat,
aku hanya duduk termangu,
menanti engkau hampiri aku,
namun semua itu seolah mimpi,
cerita dongeng yang selalu aku impi,
berakhir dengan indah,
tiada lagi duka,
tapi ,
itu semua hanya cerita,
yang tak pasti kebenarannya,
hanya luaran,
aku harus cepat sedar diri,
siapa aku siapa kamu.......

BERUBAH SIKAP

Dia dah berubah ,
Menjadi seorang yang hampir aku tidak kenal ,
Aku tahu aku tidak mampu jadi seperti dia ,
Yang mampu terbang tinggi seperti Helang ,
kerana aku hanya pipit yang patah sayap ,
Yang tidak tahu bila akan dapat terbang bersama semula ,
Yang aku tahu ,
Aku tidak akan mampu untuk terbang bersama dia lagi ,
Aku akan sentiasa tersenyum bila melihat dia bersama apa yang dia mahukan ,
Walau selalu aku yang sering dipersalahkan ,
Biarlah ~~~
Asalkan dia tidak mengalirkan air mata kekecewaan . . .

. . . aku rindu kau yang dulu . . .

Benarlah kata orang ,
'Manusia boleh berubah mengikut keadaan'