Monday, October 29, 2012

A.H.K.B.M

YA ALLAH .
kenapa Engkau beri aku perasaan ini 
sedangkan Engkau tahu 
aku akan menyakiti hati dia 

YA ALLAH .
jika benar semua yang Engkau berikan 
hanya sekadar dugaan dan takdir
yang terpaksa aku tempuhi dan aku terima 
aku redha 
aku pasrah 
aku ikhlas menerima semua yang Engkau berikan 
andai itu mampu membuatkan aku sentiasa di bawah Rahmat-Mu

YA ALLAH .
aku rindu dia 
aku rindu setiap kata kata manjanya 
aku rindu setiap gelak tawanya 
aku rindu setiap latahnya 
aku rindu setiap ceritanya 
aku rindu setiap tentang dia 

YA ALLAH .
bantulah dia untuk terus senyum 
bantulah dia agar sentiasa tenang 
bantulah dia dalam apa apa yang dia usahakan 
bantulah dia agar dia sentiasa bahagia 

YA ALLAH .
beritahu dia 
aku amat mencintai dirinya 
hanya dia ada di hati ini
aku tak mampu untuk melangkah tanpanya

YA ALLAH .
jika sudah tertulis ada jodoh antara kami
panjangkanlah hubungan ini 
berikanlah kami kebahagiaan 
hentikanlah dugaan yang tak mampu kami tempuhi

YA ALLAH .
jika aku bukan untuk dia 
buanglah perasaan dia terhadap aku 
tetapi jangan buang rasa cinta aku kepada dia
kerana aku masih mahu ingin terus mencintainya
dan janganlah Engkau biarkan dia bersendirian tanpa teman 
kirimkan dia seorang solehah yang boleh menjaga dia dalam suka dan duka 
yang tidak akan menyakiti hati dia walau sekelumit 
yang boleh membahagiakan dia setiap masa

YA ALLAH .
alangkah beruntungnya solehah itu 
yang akan mendapat sayang , kasih dan cintanya
semua yang diberikannya tulus ikhlas 
hati nuraninya tidak ada cacat cela
dia anak yang soleh 
dia kawan yang baik
dia sahabat yang memahami
dia teman yang sejati
dia juga kekasih yang setia 

YA ALLAH .
lindungilah dia 
dia sudah banyak menderita 
kasihanilah dia
berilah kebahagiaan kepada dia 

YA ALLAH .
aku sayang kepadanya
aku kasih kepadanya
aku cinta kepadanya
sampaikan salam rindu aku kepadanya ...


No comments:

Post a Comment