Saturday, November 3, 2012

TUHAN

YA ALLAH .
bantulah dia untuk menghilangkan segala kebuntuan dan kekusutan yang sedang bermain dan berlegar dalam jiwanya serta fikiran dia . berikan dia jalan penyelesaian untuk masalah yang telah dan bakal berlaku kelak . aku tak mahu dia bersusah payah dan menyusahkan hidupnya semata mata janji yang telah dia taburkan pada aku . hidupnya baru saja tenang tapi sebaik aku hadir . aku bukan membahagiakan tapi makin merosakkan kebahagiaan yang baru berputik dalam dirinya . menyesalkah aku mengambil hatinya ?? YA . kerana aku tak mampu membahagiakan tulus hatinya . dan TIDAK . kerana aku bahagia mengenali dirinya dan kerana dialah aku mengetahui nilai hidup sebenar . tapi . . . menyesalkah dia mengurung aku dalam penjara hatinya ?? yang katanya tiada siapa dapat membukanya waima dirinya sendiri . aku sendiri tidak mengetahui . apa yang ada di fikirannya sekarang . aku tahu kini dirinya berbelah bahagi . . . kerana itu aku mohon pada-MU . jangan ENGKAU  menarik balik kebahagiaan yang baru ENGKAU ciptakan untuknya . ya ~~ aku tahu dirinya sangat kuat  dan sangat sabar untuk tempuhi segala yang ENGKAU berikan pada dirinya . tapi aku tak mahu melihat dirinya terseksa kerana kehadiran aku disisinya . . . 

berikan dia cara yang terbaik untuk memilih jalan hidupnya ....

No comments:

Post a Comment