Friday, March 15, 2013

SANG PENUNTUN HATI

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan,
Segala yang dirancang musnah,
Cuma dengan sekelip mata sahaja,
Perasaan ini perlu aku lenyapkan,
Perlu aku buang dengan segera,
Agar tidak perlu aku,
Mengharap dan terus menanti,
Sesuatu yang tidak mungkin terjadi,
Kerana aku. . .
Sudah lama membeku,
Di suatu tempat yang baru,
Hanya menanti dirimu,
Tetapi hanya mampu diam membisu,
Lidahku menjadi kelu,
Untuk memujuk hatimu,
Yang sedingin salju,
Dan berdoa pada yang satu,
Agar dirimu menjumpai pengganti diriku. . .

No comments:

Post a Comment