Tuesday, December 3, 2013

RESEPI BIBIMBAP

BAHAN-BAHAN

-diperlukan untuk digaul bersama bahan-bahan tambahan-

-dan-
-pecah-pecahkan daging-

-sehingga begini-

-goreng bahan tambahan lain seperti lobak dan timun-

-susun bahan-bahan diatas bersama nasi-

-campur sambal belacan-

-sedikit lime juice-


-siap-
-gaul rata sebelum makan-



Monday, November 25, 2013

RESEPI KIMBAP/SUSHI KOREA


BAHAN-BAHAN

-nasi biasa-mayonis-minyak bijan-serbuk lada hitam-

-gaul-mayonis banyak lagi bagus-

-bahan sukahati > goreng

-seaweed > khas untuk sushi


CARA-CARA

-ratakan nasi yang digaul-
-susun bahan sukahati-

-gulung hingga tiada ruang-

-done !


BUNGA BUNGA :)

nie la satu satunya pokok bunga yang aku sayang ,
sebab kalau aku ada masalah or apa ke aku akan 
cakap kat pokok nie . 
Dan .. 
betul lah cakap orang kalau kite rajin cakap nan pokok , 
ia akan tumbuh ,
sebab hari tu aku dah lama tak cakap nan pokok ni 
. bz katenya . 
pokok nie kering .. merajuk la kot . 
then aku cakap cakap la nan dia . bagi nasihat , bebel bebel
 (pokok nie kat luar rumah , 
jadi memang ada orang nampak aku bercakap nan pokok nie . hehe)
 so nie la pokok bunga kesayangan aku ^_^




Sunday, October 20, 2013

KAWAN

Aku tahu aku ni bukan sapa sapa bagi kau ,
Aku dah tak layak jadi 'kawan' kau ,
Aku dah tak boleh nak get long dengan kau lagi ,
Kita dah jauh beza ,
Sangat berbeza ,
Kita dah tak sama ,
maafkan aku andai perubahan aku ni melampau ,
Tapi aku berubah sebab aku nak berubah ,
Aku doakan yang kau akan berubah suatu hari nanti ,
In Syaa Allah . . .

Saturday, September 14, 2013

SANDIWARA CINTA

Tika melodi itu melintas di pendengaranku,
Aku seperti bermimpi engkau masih disini,
Terbayang semua kenangan lalu,
Saat kita saling merindui.

Tapi itu semua sudah berlalu,
kini yang tinggal hanya bayangan sepi,
Yang setia menemani aku,
Tanpa engkau di hati ini. . .

Thursday, September 12, 2013

KOSONG

Terasa sepi malam malam aku tanpamu disisi ,
Begitu juga hati ini ,
kosong ,
Tiada apa apa ,
semuanya telah hilang sewaktu engkau pergi,
saat itu,
aku terasa diri aku bagai dihempap batu,
bagai dipanah petir,
tiada apa yang dapat aku rasakan dikala itu,
tiada kata yang mampu aku lafazkan,
tiada peri yang mampu aku luahkan,
aku sungguh terkilan,
tidak sempat bersua muka,
engkau malah mendiamkan diri,
hilang dalam gelita,
tidak dapat aku menembusinya,
kini aku seolah hilang arah,
tiada arah tuju,
hidupku tiada pemandu,
tidak pasti kemana ingin aku pergi,
setiap arah hanya engkau yang aku lihat,
aku hanya duduk termangu,
menanti engkau hampiri aku,
namun semua itu seolah mimpi,
cerita dongeng yang selalu aku impi,
berakhir dengan indah,
tiada lagi duka,
tapi ,
itu semua hanya cerita,
yang tak pasti kebenarannya,
hanya luaran,
aku harus cepat sedar diri,
siapa aku siapa kamu.......

BERUBAH SIKAP

Dia dah berubah ,
Menjadi seorang yang hampir aku tidak kenal ,
Aku tahu aku tidak mampu jadi seperti dia ,
Yang mampu terbang tinggi seperti Helang ,
kerana aku hanya pipit yang patah sayap ,
Yang tidak tahu bila akan dapat terbang bersama semula ,
Yang aku tahu ,
Aku tidak akan mampu untuk terbang bersama dia lagi ,
Aku akan sentiasa tersenyum bila melihat dia bersama apa yang dia mahukan ,
Walau selalu aku yang sering dipersalahkan ,
Biarlah ~~~
Asalkan dia tidak mengalirkan air mata kekecewaan . . .

. . . aku rindu kau yang dulu . . .

Benarlah kata orang ,
'Manusia boleh berubah mengikut keadaan'

Friday, May 17, 2013

Bicara Cinta

Wahai kekasih ,
Bahagiakah engkau disana ?
Jika tidak mengapa engkau berdiam ?
Jika ya pergilah engkau dari hati ini ,
Kerana aku sudah terlalu penat untuk menyimpan perasaan yang tiada siapa menyedari .

Maafkan aku ,
Membuat engkau terluka lagi ,
Terluka untuk kedua kali ,
Aku ,
Tiada niat untuk membuat engkau begitu ,
Hanya ingin meluahkan apa yang terbuku ,
Dengan harapan engkau akan menjaga aku ,
Malah engkau pergi meninggalkan aku .

Hari demi hari ,
aku memujuk hati ,
supaya dapat menerima ,
engkau meninggalkan aku ,
 tanpa perlu bersua dahulu .


Friday, March 15, 2013

SANG PENUNTUN HATI

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan,
Segala yang dirancang musnah,
Cuma dengan sekelip mata sahaja,
Perasaan ini perlu aku lenyapkan,
Perlu aku buang dengan segera,
Agar tidak perlu aku,
Mengharap dan terus menanti,
Sesuatu yang tidak mungkin terjadi,
Kerana aku. . .
Sudah lama membeku,
Di suatu tempat yang baru,
Hanya menanti dirimu,
Tetapi hanya mampu diam membisu,
Lidahku menjadi kelu,
Untuk memujuk hatimu,
Yang sedingin salju,
Dan berdoa pada yang satu,
Agar dirimu menjumpai pengganti diriku. . .